Ehemm..
Bismillah.. Aku mulakan nukilan ini dengan hati yang gembira, 'excited' dan bermacam-macam lagi perasaan yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Blog ni bukanlah blog pertama yang aku buat, ni adalah blog kedua aku lepas kegagalan blog pertama aku di 'site' blogspot.com. Bukan kegagalan yang disengajakan, cuma di pertengahan perjalanan aku hilang 'mood' untuk menulis blog.Selepas beberapa ketika, aku mula mendapat minat untuk cuba menulis blog semula.
Bagi sesetengah orang menulis blog ni tak mendatangkan faedah. Tapi tak semua orang berpandangan begitu, dan salah seorang yang berpandangan begitu adalah aku. Pada pendapat peribadi aku menulis blog ni sama sahaja dengan menulis jurnal hidup yang mengambarkan kehidupan seharian seseorang individu. Berlainan dengan diari, blog di tulis untuk berkongsi masalah, pengalaman, panyelesaian dan bermacam-macam lagi. Bagi seorang yang suka berahsia dan menyepi, blog bukanlah satu arena yang baik untuk mereka cuba. Tetapi bagi mereka yang suka berkongsi cerita, blog adalah satu medan penyampaian yang baik. Jadi disebabkan aku ada beberapa cerita yang ingin aku kongsi dengan kamu semua maka bermulalah satu aktiviti baruku ini iaitu menulis blog. Enjoy!
Friday, January 11, 2008
Introduksi......
Posted by The Cool & Hot at 1/11/2008 06:41:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment