Hari ni Jumaat. Kelas aku hari ni tak banyak mana pun tapi kelas yang sikit ni pun boleh buat aku penat. Mana taknya, lepas solat Jumaat kena pergi kelas semula. Yelah, lepas je habis solat Jumaat aku terus bersiap nak pergi ke kelas semula. Jarak kampus dengan asrama aku menginap sekarang agak jauh jugak la. Dalam 2km. So orang yang tak punya kenderaan seperti aku ni terpaksa la tunggu bas atau van untuk ke kampus, dan untuk menaiki kenderaan awam tu aku terpaksa cepat, kalau tak alamatnya kena tinggal.hehe
Nak di jadikan cerita la, petang ni hujan. Perasaan malas yang dah sedia tebal dalam diri ni makin tebal dek cuaca yang sejuk dan nyaman. Member pulak takde kelas. Makin malas la jadinya.huhuhu Tapi mengenangkan yang menuntut ilmu itu suatu kewajipan bagi setiap umat islam aku gagahkan diri melawan perasaan malas tu, dan aku menang. Padan muka kau setan.hahaha
Kelas petang tu agak menyeronokkan, kelas En. Azmi, sape tak seronok. Dia pulak 'sporting', makin syok la kami. Tapi dia tak habis-habis cakap yang kelas kami ni tak berapa nak ceria. Senyap je. Tapi nak buat macam mana kan, dah kami semua pemalu.hehehe(P.S: En. Azmi, jangan mare..hehehe) Kelas tamat pada jam 1600. Lepas ni ada satu lagi cabaran yang menunggu aku. Cabaran yang amat menguji kesabaran,iaitu menunggu van atau bas sampai. Bagi aku sepanjang aku hidup di U ni, kebanyakan masa aku habis dengan menunggu bas atau van datang menjemput aku dan member-member yang lain pergi ke kampus. Taknak la kondem syarikat bas tu teruk-teruk tapi kalau dah masing-masing kuat 'ngulo' sape tahan beb.
Habis pasal van & bas. Skang cite blah malam pulak. Malam ni member aku semua ngadu kebosanan, walaupun ada ura-ura yang depa nak main game LAN malam ni. Last-last, masing-masing terbongkang. Tinggal aku sorang je tengah menaip mende nih.hehe Member aku sorang lagi yang ada TV tu tah tengah buat apa. Malam Jumaat ni bukan ada cerita best sangat pun. Tapi tak tau la kalau dia suka tengok rakaman khutbah Jumaat kat TV1. Sape tau kan.hehe
Yoshh!! Aku rasa dah banyak dah aku membebel ni. Baik aku stop dulu sebelum aku merapu yang bukan-bukan. So, stay tune. Duhh!!
Saturday, January 12, 2008
Buletin Diri.
Posted by The Cool & Hot at 1/12/2008 12:34:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment